马中双语 | 舌尖上的麻蓬村:酒曲馒头的美味与温情 | Di Hujung Lidah Mapeng: Rasa dan Keikhlasan Roti Kukus Tapai

时间:2025-09-30 17:44:22人气:19673来源: 环球评报新闻网

环球评报新闻网讯 |  在麻蓬村的午餐餐桌上,最令人难忘的莫过于那一笼笼热气腾腾的酒曲馒头。它与普通馒头不同,采用传统酒曲发酵,外形饱满圆润,轻轻撕开时散发出淡淡的酒香。入口松软绵密,带着一丝自然的甘甜,回味悠长。许多媒体代表连声称赞:“太好吃了!”
 

第一笼馒头很快被一扫而空,大家意犹未尽,又请店主再上一笼。第二笼端上来时,桌上再次响起惊叹声,大家吃得津津有味,赞不绝口。更让人感动的是,临走时店主还贴心地为我们这桌几个吃货每人打包了三个馒头带在路上。


 
这种馒头,不只是填饱肚子的主食,更是一种文化记忆与乡情温暖。酒曲馒头让人记住了麻蓬村的独特味道,也记住了龙门客栈的淳朴与热情。有人笑着说:“这馒头,比江湖故事还让人回味无穷。”



马来文摘要

Di Hujung Lidah Mapeng: Rasa dan Keikhlasan Roti Kukus Tapai

Di meja makan tengah hari di Kampung Mapeng, hidangan yang paling mengesankan ialah roti kukus tapai (酒曲馒头). Berbeza dengan roti kukus biasa, ia diperam menggunakan ragi tradisional. Bentuknya bulat sempurna, dan apabila dikoyakkan, aroma wain yang lembut terhidu. Teksturnya gebu, lembut dan mempunyai rasa manis semula jadi yang kekal di lidah. Para delegasi tidak henti-henti memuji, “Terlalu sedap!”
 

Hidangan pertama cepat habis, lalu para tetamu meminta pemilik restoran menambah satu dulang lagi. Apabila dulang kedua yang masih berasap dihidangkan, suasana kembali riuh dengan pujian. Lebih menyentuh hati, sewaktu rombongan hendak berangkat, pemilik restoran dengan ikhlas menghadiahkan tiga biji roti kukus kepada setiap tetamu untuk dibawa pulang.

Roti kukus tapai ini bukan sekadar makanan pengisi perut, tetapi juga lambang memori budaya dan kehangatan desa. Ia membuatkan orang bukan sahaja mengingati rasa unik Kampung Mapeng, tetapi juga keramahan serta keikhlasan Longmen Guesthouse. Ada yang berseloroh: “Roti ini lebih memikat daripada kisah-kisah wuxia.”
中文记者:刘夏
马来文编辑:Fiona