双语记事 | 礼遇南孔·风物衢州 —— 2025海外华文媒体衢州行圆满结束 | Menghormati Nankong · Warisan Quzhou —— Lawatan Media Cina Seberang Laut 2025 ke Quzhou Berakhir dengan Jayanya

时间:2025-10-01 20:20:36人气:23640来源: 环球评报新闻网

环球评报新闻网讯 | 金秋时节,文脉悠长。9月26日至28日,由衢州市侨联、衢州市文化广电旅游局、衢州南孔文化发展中心联合主办,柯城区侨联、江山市侨联协办的 “礼遇南孔 · 风物衢州”2025海外华文媒体衢州行 圆满举行。来自意大利、加拿大、英国、马来西亚、埃及等国家的16位海外华文媒体代表齐聚衢州,在三天的行程中以脚步丈量古城,以笔触传递文明,从现代展馆到千年古镇,从古琴乐声到孔庙礼乐,深度感知“有礼衢州”的文化底蕴与时代风采。
Pada 26–28 September, seramai 16 wakil media Cina seberang laut dari Itali, Kanada, UK, Malaysia dan Mesir telah berkumpul di Quzhou untuk menyertai program “Menghormati Nankong · Warisan Quzhou”. Lawatan ini, yang dianjurkan oleh Persatuan Perantau Cina Quzhou bersama Biro Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Pelancongan Quzhou serta Pusat Pembangunan Budaya Nankong, membawa para media menelusuri warisan ribuan tahun dan pembangunan moden bandar Quzhou.


 
城市展览馆里看见未来蓝图
Pameran Bandar Quzhou: Melihat Pelan Masa Depan
9月26日下午,媒体团走进 衢州城市展览馆。展馆通过全景沙盘、多媒体影像,系统展示了衢州的历史脉络与未来规划。从智慧城市到大花园建设,从现代交通到生态格局,衢州在新时代展现出开放与自信。海外媒体人纷纷表示,这不仅是一座千年古城,更是一座面向未来的城市。
Pada petang 26 September, rombongan media melawat Pameran Bandar Quzhou. Pameran ini menampilkan sejarah dan rancangan masa depan bandar melalui paparan multimedia dan model berskala penuh. Dari bandar pintar hingga taman ekologi, Quzhou memperlihatkan keterbukaan dan keyakinan sebuah kota kuno yang melangkah ke masa depan.


 
杜立特行动纪念馆里的战争记忆
Memorial Operasi Doolittle: Mengingati Sejarah Perang

同日下午,媒体团参访 衢州杜立特行动纪念馆。展馆再现了二战时期“杜立特行动”飞行员迫降衢州、获村民营救的故事。一件件实物与影像,记录着跨越国界的人性光辉。马来西亚《环球评报》记者刘夏感慨道:“这里不仅是一座纪念馆,更是一座友谊的丰碑。”
Pada petang yang sama, mereka mengunjungi Memorial Operasi Doolittle, yang memperingati juruterbang Amerika dalam Perang Dunia Kedua yang mendarat cemas di Quzhou dan diselamatkan oleh penduduk tempatan. Pameran ini memaparkan keberanian rakyat dan persahabatan antarabangsa. Liu Xia, Ketua Editor Pusat Media Global Review Malaysia, berkata: “Memorial ini bukan sahaja tempat pendidikan sejarah, tetapi juga tugu persahabatan.”
 

 
初识智造新城 触摸开放衢州
Menjelajah Bandar Pintar Quzhou: Sentuhan Terbuka ke Dunia

9月27日上午,媒体团走进 衢州智造新城展厅 与 跨境电商直购中心。琳琅满目的国际商品、便捷的数字化购物体验,展示出衢州在“一带一路”框架下融通中外、拥抱世界的姿态。
Pagi 27 September, rombongan melawat Pusat Pameran Bandar Pintar Quzhou dan Pusat E-dagang Rentas Sempadan. Barangan antarabangsa yang pelbagai serta pengalaman membeli-belah digital menunjukkan bagaimana Quzhou merangkul dunia melalui kerangka “Belt and Road”.

 
 
清漾寻根 毛氏祖居地的厚重记忆
Kampung Qingyang: Warisan Leluhur Keluarga Mao

当日下午,媒体团来到 常山清漾村。这里是毛泽东祖居地之一,承载着厚重的红色记忆。代表们参观毛氏宗祠与展厅,聆听家族历史与革命故事,感悟家国情怀与血脉传承。
Pada sebelah petang, rombongan melawat Kampung Qingyang di Changshan, salah satu kampung leluhur keluarga Mao Zedong. Mereka mengunjungi dewan nenek moyang Mao dan galeri sejarah, merasai kisah revolusi serta semangat keluarga yang berakar pada tanah air.

 

古琴声起 诗礼弦歌
Konsert Guqin: Puisi & Muzik di Bandar Purba

9月27日晚,“古城新市 诗礼弦歌”古琴音乐会 在水亭门剧场上演。古琴名曲《龟山操》《佩兰》依次奏响,余音袅袅。音乐会以琴声礼乐,传递儒家“成于乐”的思想。
Malam 27 September, konsert guqin bertema “Puisi dan Muzik di Bandar Purba” dipersembahkan di Teater Shui Tingmen. Karya klasik seperti Guishan Cao dan Peilan bergema, membawa penonton merasai falsafah Konfusius bahawa muzik membentuk akhlak.

 

 
孔子诞辰2576年祭祀典礼
Upacara Memperingati Ulang Tahun Konfusius ke-2576

9月28日上午,孔子诞辰2576年祭祀典礼 在衢州孔氏南宗家庙及孔子文化公园举行。典礼以“尊圣崇礼 全民祭孔 天下大同”为主题,分为五个篇章展开。
Pada pagi 28 September, Upacara Memperingati Ulang Tahun Konfusius ke-2576 diadakan di Kuil Nankong dan Taman Budaya Konfusius Quzhou. Dengan tema “Menghormati Orang Suci, Rakyat Sejagat, Dunia Harmoni”, upacara ini berlangsung dalam lima babak penuh adat resam.

 

麻蓬村里武术声 龙门客栈馒头香
Kampung Mapeng: Seni Bela Diri & Man Tou di Longmen Inn

同日上午,媒体团走进 江山市沟溪乡麻蓬村。这里是全国文明村、生态示范村,亦曾是金庸的栖居之地。村民表演武术,气势如虹。意大利记者徐策更与武术老者切磋,引来阵阵掌声。
Pada pagi yang sama, rombongan melawat Kampung Mapeng di Jiangshan. Sebagai kampung contoh nasional dan bekas kediaman novelis wuxia terkenal Jin Yong, suasana di sini penuh budaya. Persembahan seni bela diri oleh penduduk memukau penonton, malah wartawan Itali turut serta bertarung secara simbolik.

午餐设在充满江湖韵味的 龙门客栈。餐桌上的“酒曲馒头”让媒体人赞不绝口,第一盘一扫而空后又加了一盘。临行时,店主更贴心地为每人准备了三只馒头作为伴手礼。
Makan tengah hari diadakan di Longmen Inn yang sarat dengan suasana wuxia. Hidangan “man tou arak ragi” menjadi tumpuan; setelah satu dulang habis, tambahan segera diminta. Sebelum berangkat, pemilik penginapan malah menghadiahkan tiga biji man tou kepada setiap tetamu sebagai buah tangan.



千年古镇廿八都 见证移民文化奇观
Bandar Purba Nianbadu: Muzium Hidup Budaya Imigran

下午,媒体团来到 廿八都古镇。位于浙闽赣三省交界,这里孕育出142个姓氏、13种方言的文化奇观,被誉为“方言博物馆”。漫步古街,古宅与非遗手作交织,仿佛一本鲜活的移民史。
Pada sebelah petang, rombongan menjejak kaki ke Bandar Purba Nianbadu, yang terletak di persimpangan tiga wilayah Zhejiang, Fujian dan Jiangxi. Dengan 142 nama keluarga dan 13 dialek, ia digelar “Muzium Dialek Hidup”. Jalan berbatu dan rumah purba membawa tetamu merasai sejarah imigrasi yang hidup.
 

短短三天行程,海外华文媒体人走进展馆、探访古镇、亲历祭典,从衢州的现代发展中看见活力,从南孔文化的延续中感受精神力量。
“衢州不仅是一座城市,更是一部鲜活的文化史诗。”
Dalam masa tiga hari, para media Cina seberang laut menyaksikan pembangunan moden, menelusuri bandar purba dan menghadiri upacara bersejarah. Mereka melihat daya hidup Quzhou pada masa kini, serta merasai kekuatan spiritual warisan Nankong.
“Quzhou bukan sahaja sebuah bandar, tetapi sebuah epik budaya yang hidup.”

中文记者:刘夏
马来文编辑:Fiona